Sunday, August 12, 2012
Aku Yang Tersakiti
meaningless !
Saturday, August 11, 2012
sedih tak bila......
Tuesday, August 7, 2012
sweet 20 ! :)
Monday, August 6, 2012
smily for new life ! :)
Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.
Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu.
1.Terima Hakikat
Pert
2.Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.
3.Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.
4.Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .
5.Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.
6.Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu.
7.Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.
Sunday, August 5, 2012
hati berdoa ...

Bilamana aku masih mengingati si dia yang bukan milikku,
maka,bantulah aku untuk aku melupakan dirinya..
Andai ada kenangan antara kami yang mengikat diri,
maka lupuskanlah ia dari ingatanku..
Biarkan aku jauh dari dirinya,
dan ikatlah diriku ini untuk terus setia dengan kasihMu..
Hilangkan bayangan dia dari mindaku ini Ya Allah,
dan payungilah aku dengan rahma
Perindahkanlah lisanku ini untuk terus berzikir
menyebut asma' Mu..
agar aku sentiasa selamat dengan CINTAMU..
Amon ya Rabbal Alamin


Saturday, August 4, 2012
dalam gembira ALLAH bagi kita duka..
Wednesday, August 1, 2012
welcome AUGUST !
let me say welcome AUGUST ! great .. i'm waiting for you.. hehe ..kenapa tggu this month plak?? HUHU . sebab bulan nie banyak sangat perkara yang akan berlaku.. contohnya.. meh mirah senaraikan..
1) semestinya la 3 hb nanti result final kuar
2) hari keberanakkan mirah ! ehe . my birthday on 7th august ! *besday gurlz*
3) malam lailatul qadar
4) afta ramdhan we will be celebrate "HARI RAYA PUASA" :)
5) merdeka !
betul x mirah ckap banyak yang akan berlaku pada bulan ini?? kan ?? takut, gembira semua ada.. rasa macam sekejap je masa berlalu.. rasa macam baru lagi masuk u.. tut tutt da nak hbis da tahun nie.. hari nie da 12 hari kita berpuasa so x lama lagi malam yang semua nantikan iaitu malam lailatul qadar malam yang penuh berkat di mana kalau kita buat ibadah then kita akan mendapat tempat yang paling mulia di sisi ALLAH.. doa kita mesti dimakbulkan oleh ALLAH.. tapi kena rajin bgun pagi la buat ibadah .. ehe..
bulan nie jgak mirah dilahirkan.. yeaa . mak dan ayah da dapat anak sulong dya yang di namakan NOR AMIRAH BINTI SUAZLIN.. comel x ?? ehe .. kalau dipanjangkan umur diberi kesempatan untuk menyambut hari lahir nie rasa syukur sangat.. n last year this date sangat bermakna bg mirah dan x kan pernah mirah lupakan .. terima kasih awak buat sy gembira ! genap setahunla sy pakai rantai yang awak hadiahkan nie.. xkan sy buka sebab awak yang pkaikan untuk sy.. really appreciate it !
:)
dan x lupa jgak ogos adalah bulan kemerdekaan ! :') yea ! kami bangga jadi anak MALAYSIA..
keep in touch !
salam ramdhan al-mubarak..
Tuesday, July 31, 2012
Monday, July 30, 2012
andai LELAKI MEMAHAMI...
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu
.Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah,
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah
semakin bertambah sayang mereka pada seseorang
, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda
.Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih mengangap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai
.Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan,
bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu,
percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya,
kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya
. Percayalah,
hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan
itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu
merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.
